Username:

Password:

Fargot Password? / Help

Setiap kali orang tanya saya perkara paling penting yang perlu dipelajari di internet, saya akan katakan ianya ada 2. Sebab keduanya sama penting. Apa yang saya maksudkan adalah strategi menarik trafik dan juga skill copywriting. Tapi sayangnya, di pasaran tempatan ni tak berapa ramai yang nak belajar kedua perkara ni dan lebih utamakan perkara yang kurang penting seperti bersosial di facebook dan sebagainya.

Bagi saya, skill copywriting atau dalam bahasa melayu nya skil menulis ayat power ni merupakan satu aset yang perlu ada jika anda nak menjual. Baik anda nak menjual diinternet mahupun anda nak menjual secara offline.

Buktinya, saya sendiri mempelajari skil ini 4 tahun lepas melalui buku-buku dan seminar. Dan apa yang saya boleh katakan, sepanjang 4 tahun ni saja saya berjaya meraih pendapatan sehingga 6 angka berbekalkan skil menulis ayat power ni.

Sebagai contoh, yang terbaru masa saya lancarkan produk Clickbank Mania, saya merasakan faktor utama yang membuatkan produk tersebut habis dijual dalam masa 5 hari adalah disebabkan faktor ayat yang saya gunakan untuk menulis surat jualan tersebut. Dan sehingga ke hari ini, ayat power yang saya gunakan telah dijadikan rujukan oleh usahawan internet lain baik yang baru atau yang lama.

Cuba anda fikir semula..

Produk anda walaupun sebagus mana pun, tapi kalau anda tak tahu nak menggunakan ayat apa untuk menerangkan produk anda, orang tidak akan tertarik untuk membeli produk anda.

Kalau sebanyak mana pun trafik yang masuk dalam laman web anda walau sampai 10,000 orang dalam sehari pun, tapi kalau ayat yang anda gunakan untuk menjual produk anda tak menarik perhatian orang atau tak membuatkan orang nak beli, membazir juga trafik yang anda dapat.

Itu kalau anda jual produk sendiri..

Macam mana kalau anda tak ada produk sendiri dan nak jadi affiliate saja? Nak promosikan produk orang lain di internet? Nampak cara memang senang. Tapi macam mana kalau ayat yang anda gunakan tak betul? Tak tahu macam mana nak tulis ayat yang power dan membuatkan orang terus nak beli?

Ataupun misalkata anda dah belajar strategi nak kumpul mailing list. Anda dah ada beratus email prospek untuk anda promosi melalui email. Tulis email saja, dan letakkan link anda fikir boleh dapat duit.

Sebenarnya tidak..

Nak tulis email pun, anda kena menggunakan ayat yang power juga. Kalau anda tak gunakan ayat yang betul, nampak gayanya memang susahla anda nak buat jualan.
Ayat power ni bukan sekadar anda boleh gunakan untuk menjual produk anda sendiri seperti menulis surat jualan panjang berjela, malah anda perlu gunakan ayat power untuk menulis email kepada prospek anda.

Bukan itu saja, anda perlu menulis ayat power untuk mengiklan baik secara percuma atau berbayar. Kalau anda buat iklan berbayar menggunakan Google Adwords, ataupun Facebook Ads, anda perlu gunakan ayat power untuk mengambil perhatian orang lain supaya mereka klik pada iklan anda. Betul kan?

Kalau ayat anda tak cukup power, saya gerenti anda hanya membazir duit saja untuk mengiklan samada anda gunakan iklan banner ataupun iklan teks.

Ramai yang tak sedar sebenarnya hal ni. Ramai yang nak buat duit cepat. Mereka ingat, mereka ada produk untuk dijual, upload kat internet, lepas tu orang akan beli.

Mereka ingat mereka daftar sebagai affiliate, ambil link affiliate, letak iklan di facebook dan google, akan ada orang beli. Bila orang tak beli, mereka tak tahu puncanya apa.

Bila produk tak laku,mereka tak tahu kenapa jadi macam tu..

Ramai yang tak perasan yang sebenarnya ayat perlu power untuk menjual di internet. Di internet ni, apa yang kita tulis akan menjadi wakil diri kita. Kalau anda berniaga diluar, anda adalah diri anda. Anda adalah jurujual.

Yang bestnya di internet ni, anda tak perlu keluar peluh berpanas untuk mencari prospek dan menjual kepada mereka. Anda hanya perlu menulis sahaja ataupun merakam video.

Tulisan anda akan menjadi wakil anda sebagai jurujual maya..

Sekarang cuba anda fikir apa akan jadi jika jurujual maya anda tu tak power mana pun. Mesti la orang takkan beli. Lagi-lagi di internet ni.

Kalau dekat luar, ada jurujual datang, susah juga anda nak ignore sebab nak jaga hati kan. Tapi kalau di internet ni, ada ‘jurujual‘ datang, prospek senang je nak ignore. Klik je kat close tu dan hilangla ‘jurujual‘ tu tadi.

Sebab tu saya cakap. Kalau anda nak menjual di internet ni, ayat mesti mau power. Kalau ayat tak cukup power, memang tak boleh jual la barang anda walaupun produk tu sehebat mana sekalipun.

Menulis ayat power ni juga sebenarnya merupakan satu seni yang boleh dipelajari. Setiap orang termasuk saya tak dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai ayat manis.

Saya sendiri belajar dan terus belajar sampai berhabis berpuluh ribu ringgit

Tapi saya tak pernah rasa menyesal habis duit sebanyak ini..

Malah saya rasa ianya satu pelaburan yang sangat-sangat berbaloi. Sebab ia menjadi aset yang saya boleh gunakan hingga 10 tahun atau 50 tahun akan datang dan untuk pengetahuan, setakat ini aset ini telah memberikan saya keuntungan lebih dari 100,000 ringgit!

Jadi, inilah masanya untuk anda juga ketahui rahsia yang sama saya pegang selama ini. Saya boleh ibaratkan ianya ibarat kunci utama kejayaan saya dalam bisnes internet ni.

Bengkel Ayat Power

Saya sebenarnya lebih suka adakan bengkel daripada seminar. Kerana ianya amat berkesan kepada semua peserta berbanding seminar yang mungkin akan membuatkan anda mengantuk sebab kurang praktikal.

Untuk bengkel ayat power ni, saya kelaskan sebagai 80% praktikal dan 20% teori. Saya akan tunjukkan teori didepan mata anda, dan membentangkan kepada anda strategi sulit saya terutamanya 6 perkara penting iaitu..

  1. Strategi ayat power menghasilkan RM 50,000 dalam masa 5 hari. Saya akan tunjukkan bagaimana saya menulis ayat power untuk pelancaran CB Mania yang menghasilkan jualan sebanyak 50k dalam masa 5 hari sahaja.
  2. Tulisan email membunuh yang mana saya gunakan email ini untuk mendapat komisen sehingga 4 angka dalam masa seminggu sahaja.
  3. Taktik menulis ayat power untuk iklan banner dan iklan teks. Bagaimana saya boleh meningkatkan jumlah klik saya untuk iklan dan jimat sehingga BERIBU ringgit untuk iklan kerana iklan saya memang convert!
  4. Formula headline power! Ini saya gunakan formula saya sendiri dalam menulis headline untuk produk jualan saya. Baik produk fizikal ataupun digital, mahupun servis. Dengan adanya headline yang power, pembaca akan ‘lekat’ dan terus membeli produk anda.
  5. Presentation menggunakan ayat power. Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh jimatkan masa anda dengan membuat presentation menggunakan ayat power.
  6. Struktur surat jualan yang power. Saya namakan Law of Salesletter (LOS). Bagaimana menyusun struktur atau menstrukturkan surat jualan anda supaya prospek anda melekat dengan laman web anda dan emosi ingin membeli sentiasa membuak-buak.

Sebenarnya ada banyak lagi yang akan kita pelajari dalam teori tapi saya tak mahu nyatakan terlalu banyak disini kerana ianya merupakan classified secrets saya dan terlalu kontroversi untuk didedahkan disini.

Dengan menguasai teknik penulisan ayat power ini, anda bukan saja boleh menjual produk anda dengan mudah, malah anda boleh dapat duit cepat dengan teknik ini. Tak percaya? Saya akan tunjukkan depan mata anda bila anda datang ke bengkel ini.

Setahun lepas, saya juga hampir tak percaya bila tok guru (mentor IM) saya tunjukkan yang dengan ilmu ini saja, saya boleh dapatkan pendapatan 5 angka dengan kerja hanya 4 hari saja.

Kerja saya dalam 4 hari tu pulak, sehari saya perlu menulis dalam setengah jam (menulis ayat power) dan hanya klik send. Saya pada mulanya rasa tak percaya dan macam kena tipu pun ada. Tapi saya cuba positifkan diri dan aplikasikan, cuba guna teknik tu. Dan, saya tak sangka memang betul saya dapat lebih RM 10,000 dalam masa 4 hari tu saja buat apa yang dia suruh.

Jadi, buat pertama kali saya nak kongsikan dengan anda teknik ini iaitu saya masukkan sekali dalam bengkel ini iaitu modul bonus khas..

Mesin Ayat Power - Pendapatan Pantas! (Nilai = RM 1900)

Saya akan tunjukkan bagaimana saya lakukan setahun lepas untuk mendapatkan pendapatan pantas sehingga 5 angka. Teknik ini bukannya teknik menggunakan ayat power untuk menipu orang. Tapi teknik ini adalah menggunakan ayat power untuk memanipulasi emosi dan juga psikologi manusia.

Jika anda berjaya menguasai teknik ini dengan betul, serius anda juga boleh dapat pendapatan 5 angka dalam 4 hari kerja saja. Yang penting, ikut step yang akan saya tunjukkan dalam bengkel ini nanti.

Ok..

Selain modul bonus yang saya masukkan diatas dalam bengkel ini, saya juga akan berikan anda satu swipe copy. Kalau anda tak pernah dengar swipe copy, ianya adalah satu dokumen rujukan yang saya beri khas untuk peserta bengkel saya sahaja. Swipe copy ini akan diberikan kepada anda dan anda boleh edit mana-mana bahagian supaya ianya tak kelihatan 100% serupa, tapi memang power!

Swipe Copy 5 Angka (Nilai = RM 1200)

Saya sendiri sentiasa merujuk kepada swipe copy ini setiap kali saya nak mendapatkan pendapatan sehingga 5 angka untuk jualan produk saya. Swipe copy ini juga tak ada didedahkan oleh saya di mana-mana laman web.

Malah, ianya dihasilkan oleh saya sendiri khas untuk peserta bengkel kali ini..

Let say kalau anda tak tahu nak tulis ayat apa untuk iklankan barang anda, atau nak tulis email promosi, atau nak tulis surat jualan sekalipun tapi tak ada idea atau anda rasa tak cukup power, anda gunalah swipe copy ini.

Sebab tu saya nilaikan ia sehingga RM 1200 kerana sampai sekarang pun saya jadikan ianya rujukan saya sendiri.

Untuk anda yang mendaftar dengan bengkel ini, anda bertuah kerana 2 bonus diatas juga akan menjadi milik anda. Cool kan?

Bukan itu saja..

Saya juga ingin beri peluang kepada anda untuk menyertai team saya sebagai copywriter. Ini juga merupakan peluang untuk anda menyertai team saya kerana bukan calang-calang orang saya benarkan masuk ke team saya dan buat duit dibawah jenama yang telah saya bina.

Peluang Buat Duit Segera (Nilai = Tak Terhingga)

Saya mempunyai banyak produk dalam niche selain daripada perniagaan internet. Jadi, saya akan serahkan projek-projek emas ini kepada anda jika anda dah boleh menulis ayat power ini. Dah tentu anda juga akan menerima bayaran dari pihak saya atas usaha kerja anda.

Ianya ibarat anda sertai bengkel, anda belajar, dan anda boleh buat duit dengan menawarkan servis anda sebagai copywriter dan lebih best lagi, anda dijamin mendapat projek (jika skil anda telah saya akui) kerana saya sendiri mempunyai banyak tugasan menulis ayat power samada email ataupun salesletter.

Jadi, adakah anda rasa bengkel ini untuk anda?

Saya selalu tekankan kepada sesiapa sahaja kalau anda nak buat duit di internet, anda perlu tahu caranya. Samada anda nak short term ataupun long term sehingga boleh mendatangkan pendapatan pasif kepada anda setiap bulan.

Kalau anda nak buat duit di internet, anda wajib tahu skil copywriting atau menulis ayat power kerana dengan skil ini, anda boleh menjual apa saja yang anda nak di internet. Tak kisahla samada produk anda bagus ataupun tidak.

Kerana ianya perlu dipelajari oleh anda jika anda..

  • Ingin menjadi affiliate power yang boleh mendapat komisen sehingga 4 angka sebulan
  • Ingin menjual produk sendiri samada ebook, tudung, produk MLM, atau apa saja produk.
  • Ingin menjual servis dan mendapat lebih banyak untung serta pelanggan.

 

Sekarang saya tanya anda, adakah anda orangnya yang dah muak kerja makan gaji, menghadap bos, tak ada masa dengan anak, selalu lambat balik kerja, tersangkut di traffic jam, pening kepala nak bayar bil dan memerlukan pendapatan yang banyak hanya berkerja dari rumah bermodalkan talian internet dan juga laptop?

Kalau ya, anda orang yang perlu hadir ke bengkel ini dan laburkan duit anda untuk menambah skil yang wajib ada jika anda nak bergelar usahawan internet.

Semak maklumat bengkel ayat power dibawah..

Tarikh Tempat Masa Yuran
31/7/2011 Bilik Seminar Ammar Zahar Sdn Bhd 9:30am - 5:00pm RM 399
    


Saya akan berikan maklumat lanjut seperti kelengkapan perlu bawa, peta lokasi, dan juga tiket sebaik saja anda membuat bayaran.

Untuk makluman anda, saya hanya akan membentangkan teori daripada 9:30am hingga 11:30am. Selebihnya adalah bahagian praktikal yang mana anda akan buat sendiri didepan mata saya sambil saya boleh membantu anda.

Dengan cara ini, ianya akan lebih menguntungkan anda dan saya ingin menjadikan setiap sen yang anda laburkan untuk hadir ke bengkel ini adalah berbaloi.

Lihat maklumat berikut untuk membuat bayaran samada melalui maybank, CIMB, ataupun kad kredit. Jangan lupa, jika anda membuat bayaran melalui maybank2u atau cimb, masukkan email ammarzahar@perniagaaninternet.com sebagai rujukan bank.

Maybank CIMB
562142717117 05100017306524
    

atau anda boleh membuat bayaran melalui PayPal dengan klik dibawah..

Selepas anda buat bayaran, anda perlu isikan borang dengan subject "Bengkel Ayat Power" dibawah dan hantar maklumat tersebut.

Borang Pengesahan Bengkel Ayat Power

Your Name: (required)

Your Email: (required)

Subject: (required)

Your Message: (required)

HantarInformation about email sending process

 

7 komen

  • Visit site
    July 29, 2011 9:34 amPosted 6 months ago
    Hasriman

    Sila berikan alamat penuh lokasi bengkel tersebut dijalankan. TQ.

    Reply
    +0/-0(0)+0%/-0%
  • Visit site
    July 30, 2011 3:55 pmPosted 6 months ago
    Farah

    Lain kali ada lagi tak? Saya tak dapat ikut kali ni :(

    Reply
    +0/-0(0)+0%/-0%
    • Visit site
      July 31, 2011 5:02 pmPosted 6 months ago
      admin (Author)

      Lain kali ada lagi. Tunggu pengumuman :)

      Reply
      +0/-0(0)+0%/-0%
  • Visit site
    August 26, 2011 1:41 amPosted 6 months ago
    Hakim

    E-Book ada disediakan x..?

    Reply
    +0/-0(0)+0%/-0%
    • Visit site
      September 7, 2011 11:27 amPosted 5 months ago
      admin (Author)

      ebook tak disediakan

      Reply
      +0/-0(0)+0%/-0%
  • Visit site
    December 20, 2011 1:02 pmPosted 2 months ago
    amirah adlina

    had umur ada ditetapkan x? maksudnya kalau masih bersekolah adakah dibenarkan….?

    Reply
    +0/-0(0)+0%/-0%
  • Visit site
    January 19, 2012 11:51 amPosted 1 month ago
    kadz

    bilakah lagi ada bengkel ayat power nie??

    Reply
    +0/-0(0)+0%/-0%

Tinggalkan komen

Your Name: (required)

E-Mail: (required)

Website: (not required)

Message: (required)