Powered by Max Banner Ads 

Pilih Bidang Anda..

Hai, semua..!

Pernahkah anda terfikir kenapa income anda tidak seperti apa yang anda harapkan dalam perniagaan internet ni? Soalan seterusnya, pernahkah anda terfikir cara untuk menggandakan income anda dalam perniagaan internet ni walaupun anda buat secara part-time?

Terus terang saya katakan, saya dulu cepat terpengaruh. Bila dengar ada yang berjaya dengan adsense dan dapat beribu-ribu dengan adsense, saya pun sibuk nak join adsense. Kemudian bila orang sibuk dengan jual produk, saya pun sibuk nak jual produk. Bila nampak ada orang buat duit hanya dengan blogging, sekali lagi saya sibuk nak berblog. Dulu, semua perasaan ni menghantui saya dan akhirnya… Saya masih AmmarZahar yang tak mampu dapat beribu-ribu di internet seperti yang diharapkan..

Kemudian, bila saya renung semula, saya terfikir.. Kelebihan saya selama ni dalam bidang buat web dan juga buat grafik. Tak lama lepas tu, (selepas saya mula tawarkan servis), saya rasa incomenya. Saya rasa pendapatan yang masyuk di internet.

Hmm.. Itu secara ringkas cerita tentang saya. Banyak lagi yang saya ceritakan dalam Rahsia Newbie. Macam mana dengan anda pula? Jika anda semakin tension dengan banyak projek-projek online anda yang tak jadi, cuba kaji semula kenapa ianya tak jadi? Pasti ada sebab..

Ok, kenali diri anda dulu sebelum nak melangkah kemana cita-cita anda. Jika anda nak jadi affiliate, buat affiliate sampai anda betul-betul berjaya. Mula dengan kumpul list yang besar, aktif di forum, strategi SEO yang mantap dan sebagainya. Buat affiliate sampai anda jadi SUPER Affiliate. Kalahkan Macam Ewen Chia. List dia memang besar gila..

Jika anda nak join adsense, buat sampai jadi dan pastikan anda mempunyai kelebihan dalam menarik trafik (oh, ini kelemahan saya yang sedang diperbaiki). Kalau boleh, jadi Taiko Adsense. Err.. tapi saya ada dengar yang CPC Adsense dah turun kebelakangan ni..

Jika anda minat dengan penulisan, dan nak kongsikan pengalaman anda yang mahal, anda boleh jual produk sendiri dan boleh juga blogger yang hebat. Saya taknak ulas banyak pasal ni. Sebab rasanya anda dah pun tahu bagaimana nak hasilkan produk sendiri.

Apa yang pentingnya, anda haruslah pilih bidang anda untuk bermula. Ataupun dalam erti kata lain, anda perlu fokus yang lebih dalam bidang yang anda ceburi dahulu kemudian, barulah income anda di internet ni akan meletup dan akan jadi stabil walaupun anda buat secara part-time. Percayalah, jika saya boleh, tak mustahil anda pun mampu lakukannya!

-AmmarZahar

Keputusan Affiliate Rahsia Usahawan Internet..

Hai semua..

Harini, walaupun terlambat seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan sedikit keputusan carta affiliate untuk Rahsia Usahawan Internet. Saya juga akan buat beberapa pengumuman penting di bawah sekali post ini :)

Keputusan setakat ini:

1. Noorizam

2. Shuth

3. Abooain

4. Mazlie Nadzrie

5. Maizul Hisham

6. Hazwan

7. Iyas Ilyas

7. Razif

7. Titan

10. Hafiz

Ok.. Ini dia senarai top 10 untuk affiliate ini. Masa masih panjang. Masih ramai lagi yang belum menyertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Kepada yang tak tersenarai, jangan bimbang.. Perbezaan antara jumlah promosi tu tak jauh.. Anda boleh potong pada bila-bila masa untuk disenaraikan.. Saya juga tidak akan mempromosi laporan ini demi memberi peluang seratus peratus kepada anda mengumpul komisyen :)

Satu lagi, ada temuramah rahsia yang masih lagi belum dikeluarkan. Saya rasa, ini sangat rugi pada mereka yang unsubscribe semata-mata mahukan laporan tersebut. Sengaja saya sorokkan temuramah rahsia tersebut  :)

Kepada bro Noorizam, leading memang jauh. Syabas bro! dan terima kasih jugak :D. Masa masih panjang. Mana tahu, tak lama lagi anda akan potong bro Noorizam? Saya ada juga buat selidik. Tak semestinya mailing list membantu dalam mempromosi. banyak lagi kaedah lain untuk promosi affiliate ni..

Itu saja dari saya..

Oh ya, saya nak buat beberapa pengumuman sikit. Saya perlukan beberapa orang freelance web designer untuk membantu saya menyiapkan job-job website saya. Ada 5 job setakat ni dan still terbengkalai. hehe. Kalau ada yang berminat, boleh hubungi saya dan yang bestnya, setiap bulan saya akan terus berkerjasama dengan anda untuk job web design ni. Ini disebabkan order semakin banyak setiap bulan sampai saya dan 2 orang lagi rakan tak mampu nak buat semua. Untuk bulan ni, saya nak pass 2 job tu pada freelancer.

Kedua, saya juga minta cadangan daripada anda jika ada cadangan berkenaan theme blog ini. Nak buat sendiri, memang tak ada masa la. Kalau anda ada kepakaran design theme, hubungi saya. Saya nak buat penjenamaan semula untuk blog perniagaan internet ni. Supaya tampak lebih gagah dan stylo. hehe.

Baiklah, itu saja daripada saya..

-AmmarZahar

Pengumuman PENTING!

Hai Semua..

Maka dengan ini saya rasmikan pelancaran untuk Rahsia Usahawan Internet dan Pengumuman Pemenang Review Contest 2008! Ok itu sedikit formal saya rasa. Baiklah, setelah lama juga tersimpan, rahsia usahawan internet Malaysia akhirnya terbongkar juga.. Kepada yang berminat nak ketahui rahsia-rahsia mereka, anda boleh klik sini.

Seterusnya, saya rasa pengumuman ini ramai yang tunggu-tunggu. Review contest dah pun berakhir dan pemenangya dah pun dapat komisyen yang masyuk. Dan pemenangnya adalah Titan dari Earncent.com. Keputusan ini adalah muktamad dan sebarang email rayuan akan ditolak mentah-mentah. Kepada yang tidak bernasib baik, saya akan hubungi anda nanti untuk satu bonus rahsia. Walaupun anda tidak menang, saya akan berikan anda bonus rahsia. Tunggu yea saya contact. Sekarang ni tengah sibuk sikit dengan awek bermacam-macam hal.

titan is the winner

Satu pertandingan baru akan menyusul selepas ini. Saya akan umumkan kemudian. Yang penting, pertandingan ini juga akan menawarkan ongkos yang lumayan kepada sesiapa yang berjaya. Nantikan saja ya dari saya. Cepat subscribe RSS dengan Jadi Yang Pertama. Ada yang cakap tak berfungsi, tapi saya check tadi ok plak. Pelik sikit..

Kepada blogger-blogger yang menyertai review contest ni macam bro Afzai, Razif, Oktant, Farahaznil, Ijamidayu, Syuxx, Miziology, Ka’ab dan Ahwazi Mustafa, saya mengucapkan ribuan terima kasih yang terhingganya kerana menyertai contest ini seterusnya membantu saya menempatkan diri dalam dunia IM.

Baiklah, saya juga akan menukar theme lagi. err.. rasanya ni last tukar kot sebab rasa macam tak best pula theme tulisan kecil ni. Lagipun, sekarang musim durian tukar theme (tiru bro Alang pulak) hehe.

Kepada semua yang nak buat duit raya, bolehla sertai affiliate Rahsia Usahawan Internet. Saya pasti, mudah untuk anda promosi kerana report yang berjumlah 100m/s ini memang sarat dengan isi dan rahsia. Saya akan buka program pay-per-lead untuk seminggu sebulan saja dan selepas itu, saya akan jual report ini. Jadi, anda bolehla mempromosikan report ini. Cadangan saya, cari tempat yang sesuai untuk beriklan, dan iklankan banner affiliate anda. Anda juga boleh gunakan link banner tersebut di forum-forum dan juga sebagai signature. Jangan ingat takda mailing list tak boleh buat duit dengan report ni :) Kalau tak percaya, tanyala bro Razif.

Akhir kata daripada saya, selamat mencari duit raya.. ehem..tengah blur ni sebenarnya pasal tak cukup tidur..

Ikhlas,

AmmarZahar

RAHSIA USAHAWAN INTERNET bakal dilancarkan..!

Salam happy semua..

Harini saya nak berkongsi beberapa berita gembira dengan anda semua. Sedikit masa saja lagi, saya juga akan memeriahkan industri IM dengan pay-per-lead yang semakin hangat sekarang ni. Lepas Mawardee, TheReds, kemudian Din Beramboi, dan kini rasanya adalah masa untuk saya pula memberikan anda komisyen bagi penyebaran report percuma.

Rahsia Usahawan Internet

Untuk pengetahuan anda semua, Rahsia Usahawan Internet ini adalah laporan pertama yang saya tulis masa awal-awal nak masuk ke bidang bisnes internet ni. Banyak juga yang saya belajar hasil temuramah-temuramah dengan usahawan internet ni. Jika tiada temuramah antara saya dan mereka, dan jika tiada rahsia yang mereka bongkarkan kepada saya, mustahil saya boleh berada seperti sekarang. Kredit untuk kesemua usahawan internet yang saya berjya temuramah.

Antara kandungan ‘Rahsia Usahawan Internet’ ini adalah:

Saya berjaya bongkarkan rahsia blog SmartZul yang sentiasa berada di ranking teratas Google untuk keyword Perniagaan Internet. Best betul dapat bongkar rahsia orang. hehe. Selain itu juga, saya bongkar juga taktik sifu Yusry JomSeminar tentang bagaimana beliau menjana 6angka dengan internet. Wah! Hebat tu!

Itu baru dua preview saja, ada banyak lagi rahsia usahawan yang berjaya saya bongkarkan dan saya pasti, jika saya jual pun, nilainya mencecah puluhan ringgit! Tapi saya tak minat nak buat duit dengan temuramah orang ni.. Saya rasa lebih baik saya kongsikan dengan anda rahsia-rahsia mereka ni yang patut anda tiru. huhuhu.

Kepada yang nak dapatkannya dengan awal dan mula mempromosi dengan lebih awal, saya cadangkan anda subscribe di ruangan Jadi Yang Pertama dan pasti anda tak ketinggalan untuk mempromosi report hangat ini. Saya pasti, report ini akan jadi sangat hangat kerana bukan seorang, malah ramai usahawan internet yang akan berkongsi dengan anda rahsia mereka!

Malah, anda boleh cari duit poket kerana satu lead yang anda bawa, 25 sen akan masuk ke akaun anda. Cuba bayangkan kalau anda boleh dapatkan 1000 orang yang download report FREE ni? Dah RM 250! Dah boleh buat beli kuih raya dah tu..hehe

-AmmarZahar

Rahsia Newbie akan menyusul……

MRR MEGA SALES 2008!!

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Adakah anda salah seorang yang berminat dengan dunia Perniagaan Internet tetapi masih lagi dalam keadaan teraba-raba kerana tidak tahu hendak menjual produk apa atau tidak tahu  sumber untuk dapatkannya atau mungkin juga harga yang ditawarkan diluar sana terlalu mahal?

Saya ada penyelesaian untuk semua masalah anda tersebut!

Sahabat saya Ahmad Syaifuddeen Mohamad atau lebih dikenali sebagai Abooain yang tidak asing lagi dalam dunia produk Master Resell Right (MRR) telah melancarkan jualan MEGA  beliau yang ketiga bagi tahun 2008 ini (selepas Bonanza Ulangtahun & Web Tools II). Pakej yang dikenali sebagain MRR MEGA SALES ini mengandungi lebih dari 100 produk MRR yang  terdiri dari perisian, ebook, report dan sebagainya yang berkaitan dengan dunia ebiz.

MMS ini ditawarkan dengan harga yang cukup ISTIMEWA tetapi TERHAD! Harga istimewa ditawarkan bagi 50 orang pembeli pertama dan akan dinaikan sebaik sahaja kuota tersebut  dipenuhi.

Dapatkan segera di : http://www.perniagaaninternet.com/mrrmegasales

Tahukah anda dengan bermodalkan RM37 anda boleh menggandakan keuntungan sehingga 2500%! Macam mana tu?

Saya berikan contoh :  Anda membeli pakej MRR MEGA SALES ini dengan harga RM37 … anda menjualnya semula mengikut pakej anda yang tersendiri dengan harga RM30 (sekadar contoh). Jika sekirannya 10 orang membeli pakej anda tersebut, maka anda telah berjaya mendapat RM300! RM300 - RM37 = RM263! Anda mendapat keuntungan RM263! Itu baru 10 orang yang membelinya……….

Anda boleh juga menjualnya secara berasingan dan ini lebih menguntungkan anda! Itu hanya contoh dari saya.

Jadi pakej MMS ini adalah langkah pertama anda jika sekiranya anda tidak tahu sumber untuk mendapatkan produk yang boleh dijual semula.

Ok, anda boleh lihat sendiri apakah kandungan MMS ini di : http://www.perniagaaninternet.com/mrrmegasales

Produk MRR Mega Sales

Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Soalan kepada newbie: Tahukah anda apa itu produk MRR? Produk MRR ini adalah sebuah produk yang memberikan kita lesen hak jualan semula dan kita bebas memasarkan produk tersebut dengan cara kita samada menukar harga dan strategi promosi. Itu bergantung kepada kita. Namun, kita perlu ikutla syarat-syarat yang ditetapkan seperti dalam lesen tersebut.

Saya dulu memang gemar mengumpul produk MRR. Bukan apa, walaupun saya tak ada produk, dan tak ada website sekalipun, saya yakin yang produk MRR ni akan ada manfaatnya suatu hari nanti. Ramai yang fikir nak jual semula dan nak buat duit dengan produk MRR ni sahaja. Kurang ramai yang suka membaca produk tersebut. Ini silap sebenarnya. Tak kira kita nak jual atau tidak, kita perlu baca dan teliti produk tersebut. Jika tidak, macam mana pulak kita nak jual benda yang kita tak tahu. Lagipun, membaca itu sangat bagus dan akan menambahkan lagi ilmu kita sedalamnya.

Macam mana kita nak bezakan yang berkualiti dengan yang tak berkualiti? Ok. Ini satu soalan yang baik dari saya untuk saya jawab sendiri ;p. Kebanyakan produk MRR ini sukar kita jangka samada ianya berkualiti atau tidak. Banyak sangat produk MRR yang dikeluarkan oleh Mat Salleh-Mat Salleh di luar dan sukar kita tentukan kan yang mana satu permata. Takut bila dah beli, kaca pula rupanya. Produk MRR yang ’sampah’ biasanya ayat-ayat dicover ebook nya sangat manis mengalahkan gula-gula tisu tetapi bila kita baca isinya, sangat-sangatla basic dan rasanya asik kita pun tahu.

Khas untuk sesiapa yang ingin memiliki produk MRR yang berkualiti, 11 Ogos ini Abooain akan melancarkan produk MRR Mega Sales. Saya lihat, kebanyakan produk MRR dalam pakej ini sangat ummpphh..! Tak sabar rasanya nak beli dan jual semula di forum luar ;p. Ooopps.. Saya nak baca juga semua tu dulu ya..:)

Pakej MRR Mega Sales sememangnya mengumpulkan produk-produk berkualiti. Apa yang saya hanginnya, pakej ini adalah sangat sangat sangat sangat sangat murah!! Saya cuba menampar diri sendiri bila melihat harga yang ditetapkan Abooain kerana saya sangkakan mimpi rupanya tidak. hoho. Sebagai orang baru di dunia perniagaan internet ni, setiap newbie harus beli produk tersebut sebagai sumber rujukan dan buat keuntungan di masa hadapan memandangkan kebanyakan produk MRR tersebut adalah yang terkini dipasaran!

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MRR Mega Sales ini, jika anda membeli melalui link saya, saya akan berikan anda bonus tambahan. Saya akan umumkan bonus tersebut kepada semua subscriber saya nanti. Tungguuu…………..

Ikhlas,
AmmarZahar

p/s: saya akan hubungi pemenang untuk review contest. Tunggu ya kepada semua calon pemenang..

Sekitar perjalanan Koleksi Grafik V2…

Assalamualaikum, Salam sejahtera semua..

Bagaimana? Ada yang pergi tak gathering WC yang sememangnya meriah semalam? Uwwaaa.. Saya sedih sebab saya tak dapat pergi.. Sangat-sangat sedih. Walaupun bro Shuth dah jemput jugak last minit, tapi apakan daya sebab satu halangan besar yang terjadi pulak last-last minit tu.. Sorry jugak pada Nasrun makmalcyber sebab tak dapat join macam yang saya rancangkan.. Ok,cukup dah kesedihan tu!

Sekitar Koleksi Grafik V2, Alhamdulillah, syukur kerana Koleksi Grafik V2 mendapat sambutan yang best! :) Terima kasih sangat-sangat kepada semua pembeli.. Janji saya dengan anda belum tertunai lagi. Saya janji saya akan bayar semula manfaat anda. Semoga anda menjadi grafik designer yang lebih-lebih maju daripada saya. InsyaAllah. Terima kasih juga kepada semua rakan JV yang membantu . Ops..! Sangat membantu sebenarnya! Yup.. Tanpa anda, Koleksi Grafik V2 ini takkan kemana. Terima kasih kerana menyokong anak muda seperti saya ni menapak dalam bidang yang lama dah anda ceburi..

Banyak benar dugaan, cabaran dan kesukaran sepanjang proses pelancaran dan promosi Koleksi Grafik V2 ini. Memang banyak sampai saya hampir hilang sabar. Nasib baiklah saya ni AmmarZahar je. Kalau saya ni Bill Gates, saya dah saman dah Gmail. mana taknya, harini baru saya boleh buka akaun gmail saya selepas 3 hari tak boleh buka langsung. Pergi CC pun tak dapat jugak. Diorang kata, ada masalah dengan Gmail. Saya rasa ada juga diantara anda yang menghadapi masalah yang sama namun, apa kita boleh buat kan..

Bukan Gmail saya je yang tak boleh buka, semalam, dalam kesibukan saya nak siapkan Rahsia Designer 4 Angka sebagai bonus kepada pembeli terawal Koleksi Grafik V2 ni, hujan lebat dan guruh kuat tiba-tiba attack kawasan saya. Tak pasal-pasal lepas tu komputer tak boleh bukak. Sudah…. Maki hamun saya dibuatnya sampai ter baling handphone..:p Amukan yang ganas!

Cepat-cepat saya ke kedai cari kedai komputer. Maklumlah hari Ahad, mana ada kedai komputer yang buka. Memandangkan saya nak balik kolej petang tu, saya terus pergi kedai komputer di Mines. Sudah lagi….. Nasib tak baik pulak sebab Motherborad dengan Power supply pula rosak. Dah kena 200 lebih. Aduiyai.. Anda fikirla sendiri.. Siapa yang tak sakit hati kan..

Ok, itu saja sedikit sebanyak mengenai perjalanan Koleksi grafik V2 ni. bagi yang mahu mendapatkannya, saya janji yang anda akan dapat manfaat yang sangat banyak. Ada dua tekad saya pada awal pembabitan saya ni dalam perniagaan internet. Pertama, saya nak lebih ramai orang tahu macam mana nak buat website. Itu saya rasa dah kira berjaya sebab saya dapat maklumbalas positif daripada semua yang membacanya. Saya pasti ia sangat membantu. Malah, saya berikan secara PERCUMA pulak tu.. Tekad saya yang kedua, nak bantu semua usahawan internet membina grafik yang baik kerana saya jealous tengok laman web mat saleh semuanya cantik-cantik;p. Itu saja buat hari ni.

Ikhlas,
AmmarZahar

Koleksi Grafik V2 dilancarkan!

Hai semua..

Koleksi Grafik V2

Setelah lama saya menyiapkan himpunan grafik paling lengkap ini, finally dilancarkan juga. Syukur rasanya.. Bukan apa, ini kira lama saya buat produk ni. Sampai menahan mata dari tidur, kurang bersosial, dan sakit pinggang sebab letih duduk di atas kerusi yang tak berapa nak empuk ni. hehe. Sekarang baru saya rasa betapa tekunnya usahawan-usahawan internet menyiapkan produk mereka. Yalah, produk berbayarlah katakan.. Kalau Rahsia Squeeze Page dulu, saya hanya peruntukkan masa yang sedikit saja, tapi tidak dalam Koleksi Grafik V2 ini. Jujur saya akui, untuk menghasilkan Koleksi Grafik V2 ini, memerlukan usaha yang sangat-sangat gigih. Saya rasa, ini adalah panduan terlengkap mengenai grafik. Jika dalam Rahsia Squeeze Page, ia adalah sebuah ebook 74 mukasurat, Koleksi Grafik V2 adalah 4 kali ganda daripadanya..

Menjual produk digital sebenarnya bukan semudah mana. Walaupun nampak mudah, ianya memerlukan ketekunan yang tinggi. Ini kerana, andalah yang menulis buku tersebut. Kalau produk fizikal, barangnya dah siap. Anda tinggal pilih barang mana yang sesuai dan jual. Itu saja. Saya harap, ketekunan saya berbayar apabila melihat lebih ramai orang mampu  merekabentuk sendiri grafik laman web mereka.

Saya teringat masa zaman saya tak tahu apa-apa dulu. Saya minta kawan ajar, dia tak mahu.(konon nak nampak macam hero la dia sorang boleh buat grafik dalam ramai-ramai orang). Kemudian saya belajar sendiri. Cari di internet tentang grafik dan photoshop ni. Tak jumpa-jumpa tutorial yang betul-betul bagus dan sesuai dengan apa yang saya mahukan. Nak ikut langkah-langkah yang ditunjukkan pun susah. Kemudian saya cari semula kawan saya tadi nak minta dia ajarkan. Tak mahu juga dia! Kedek betul!! Sampai saya sanggup tawarkan RM100 pada dia mana tahu dia sudi mengajar saya. Saya sanggup melabur. Ya, memang saya sanggup sebab saya tahu yang ilmu grafik ni memang berguna dan boleh buat duit. Tak percaya anda lihatlah di ruang-ruang iklan di akhbar. Kebanyakan jawatan kosong adalah untuk grafik designer..

Selepas kawan saya tak mahu juga mengajar saya, saya nekad mencuba sendiri belajar photoshop. Namun, tak juga pandai. Bengap sangat ke saya? Sebenarnya bukan begitu.. Saya mampu buat grafik tapi lambat sangat sampai ambil masa berjam-jam. Last-last saya give-up. Saya cari guru yang sesuai untuk mengajar saya. Anda pasti terkejut jika saya beritahu berapa cajnya…

Oh, ok lah.. Taknak anda overload pula..

Cerita sebenar saya ni sebenarnya ada sambungan dan seterusnya bagaimana saya boleh menjana income stabil 4angka sebulan dengan ilmu grafik. Walaupun buat secara part-time. Banyak order yang saya terima, dapat saya siapkan seorang diri. Ini kerana saya menggunakan teknik yang sangat mudah :) berbanding ramai orang lain mengambil masa yang panjang..

Kalau anda nak tahu teknik mudah saya, saya harap anda dapatkan segera Koleksi Grafik V2. Ini bukannya koleksi grafik web sahaja, malah pembelajaran lengkap ‘koleksi’ ilmu dari saya! Dan jika anda mahu tahu bagaimana saya buat duit dengan grafik ni sahaja, anda perlu beli sebelum jam 11.50pm esok iaitu pukul 11.50pm, 2 Ogos 2008. Jadi, selalu-selalu lah lihat jam tangan anda ya..:)

Selepas pelancaran ini, rasanya akan ada lebih banyak masa untuk saya luangkan untuk blog ini..:)

Dari saya untuk anda,

AmmarZahar

Review Contest ditutup!

Hai semua..

 

Hmm.. Syukur saya ucakpkan kehadrat ilahi sebab contest ini berjalan dengan baik walaupun sasaran saya tidak sampai. Objektif pertandingan ni secara peribadinya adalah untuk menambahkan backlink sebenarnya. Namun, walaupun jumlah peserta tidak ramai, backlink saya bertamabah dengan pesat sekali. Itulah berita gembira bagi saya. Saya rasa semua sudah tahu kepentingan backlink dalam menaikkan PR (pagerank) kita. Jadi, backlink saya sudah mencecah ribuan walaupun sebelum contest ini dijalankan, backlink yang saya dapat hanyalah puluhan sahaja. Jadi, kalau anda nak bina backlink yang banyak, bolehlah ikut cara saya ni :)

 

Ok setakat ini, saya terima sepuluh penyertaan daripada blogger Malaysia. tak ada pulak blogger dari brunei, singapura atau indonesia yang join. hehe. Ok. Disini saya ada berikan nama-nama peserta review contest ni yiang berakhir 12am hari ini.

1. Titan

2. AfzaiAfandi

3. Miziology

4. Ka’ab

5. Ijamidayu

6. Razif

7. Syuxx

8. Oktant

9. Farahaznil

10. Ahwazi Mustafa

Ok.. Inilah dia calon-calon pemenang bagi review contest 2008. Rasanya takkan ada review contest lagi kot dari saya tahun ni. InsyaAllah saya akan buat banyak lagi contest sepanjang tahun 2008 ni.. Nantikan ya.. Saya akan umumkan pemenang review contest ini pada 15 Ogos 2008 di blog saya dan juga di email. Tapi kepada pemenang, saya akan hubungi anda secepat mungkin selepas pelancaran Koleksi Grafik V2 nanti. Sebab anda akan mendapat Koleksi Grafik V2 secara percuma dari saya. Saya takut anda beli pula.

 

Ok lah.. Itu saja. Post saya sejak kebelakangan ni kurang panjang sikit. Maaf saya ucapkan sebab saya sangat tak ada masa tambahan dengan pelancaran Koleksi Grafik V2 pada 12am malam ni. Tak tidur rasanya saya malam ni ;p

 

Saya harap anda semua ambil kesempatan pada seminggu pertama pelancaran koleksi Grafik V2 ini kerana harga seminggu pelancaran ini sangat murah dan pelaburan yang anda buat untuk Koleksi Grafik ini, saya janjikan kepuasan kepada anda.

 

Sedikit saja nak kongsi tentang Koleksi Grafik V2 ini yang akan dilancarkan esok, saya tak sasarkan sales yang saya akan dapat tapi saya sasarkan PALING SEDIKIT 10 orang daripada pembeli Koleksi Grafik V2 ini nanti akan menjadi professional designer dan mampu menawarkan servis design kepada mana-mana usahawan internet. Itu target yang saya nak capai! :)

 

Terima kasih,

AmmarZahar

COUNTDOWN: 3 Hari Lagi..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Hari ni saya nak mengajak anda menghitung hari setelah lama saya tak buat post dek kerana sibuk dengan Koleksi Grafik V2 yang akan berada di pasaran pada 1 Ogos 2008. Saya tak mahu cakap banyak tentang itu. Saya nak tanya anda dahulu apa-apa pun.

Anda dah mula mereview blog ini?

Buat pengetahuan anda, contest ni akan ditamatkan pada 31 Julai 2008 ni. Dekat-dekat je date dia dengan pelancaran Koleksi Grafik V2 ni. Saya amat sarankan kepada anda untuk join contest ni kerana peluang anda untuk menang RM100 sangat mudah. Hanya review dan tunggu sahaja saya umumkan pemenangnya pada 15 Ogos.

Setakat ni, hanya beberapa orang saja yang saya dapat link penyertaannya. Langsung lari dari apa yang saya sangka. Tak sampai 5 orang bermakna kebarangkalian untuk jadi pemenang adalah sangat-sangat tinggi!! Sesiapa sahaja boleh jadi pemenang. Saya bukanlah mengadili contest ni berdasarkan trafik blog tersebut. Saya hanya berikan kemenangan kepada yang membuat review dengan baik. Sangat mudah kan? Its So Simple..!!

Sebagai tanda terima kasih kepada CALON PEMENANG, saya tunjukkan siapa yang menyertai contest ini dan anda boleh juga jadi calon pemenang selepas membuat review anda. Ini dia calon-calon pemenang:

1. Titan
2. AfzaiAfandi
3. Miziology
4. Ka’ab
5. Ijamidayu

p/s: kalau ada yang saya tak sebut nama tu, boleh komen dibawah ya. Mana tahu ada yang saya tertinggal. Hantarkan sekali link tersebut.

Ikhlas,
AmmarZahar
p/p/s: saya akan mengulas tentang Koleksi Grafik V2 pula selepas ni. Tunggu ya..


 Powered by Max Banner Ads