Perniagaan Internet 2012
Kejap je dah masuk tahun 2012. Diam diam dah dekat 5 tahun saya buat perniagaan internet ni dari 2007. Kalau dulu masa saya awal bermula, masa tu tengah belajar lagi di UPM. Sekarang ni tahu-tahu dah buat bisnes internet di ofis. Sungguh, masa awal-awal saya mula dengan bisnes internet ni, memang tak ada dalam perancangan pun untuk buka ofis bisnes internet. Perancangan awal hanyalah nak cari duit sampingan macam kebanyakan orang.
Kemudian bisnes mula membesar sedikit demi sedikit dan saya tak sangka akan jadi seperti sekarang. Ini semua kuasa tuhan dan hasil dari kerja keras..
Tahun 2012 ni akan ada banyak perubahan dari segi strategi dan juga perubahan dari segi pasaran. Saya akan list kan pandangan dan pendapat saya tentang perniagaan internet untuk tahun 2012 ni.
Perniagaan internet semakin tepu
Jangan salah anggap dan buatkan anda putus asa bila dengar pandangan saya ni. Maksud saya, tahun demi tahun saya lihat semakin ramai orang yang mengajar cara buat duit di internet. Perkembangan orang yang dah semakin pandai buat duit online ni sangat pantas lebih pantas dari perkembangan orang yang baru nak belajar.
Ini bermaksud, dalam bahasa inggerisnya orang akan cakap supply lebih laju daripada demand. Saya cadangkan, anda yang baru bermula nak buat duit di internet ni, cari satu niche yang bukan dalam niche perniagaan internet. Ianya lebih senang untuk anda dapatkan jualan berbanding niche ini.
Strategi kupon dan diskaun
Saya sendiri dah cuba strategi ini dan ianya memang sangat-sangat berkesan. Kalau kita lihat pasaran antarabangsa, laman web Groupon semakin berkembang dan idea disebalik Groupon adalah pemberian kupon dengan harga diskaun dalam masa yang dihadkan. Dah banyak laman web yang meniru cara ni dan anda juga sebagai penjual boleh gunakan strategi ini tak kisahla anda menjual produk fizikal ataupun produk digital.
Untuk makluman kalau belum tahu, Groupon merupakan laman web yang paling cepat berkembang dalam sejarah. Buat masa ini, model bisnes dan idea pemasaran sebegini memang tengah meletup dan dijangka semakin meletup tahun 2012 ni. Jadi, sama-sama kita ikuti gelombang ini. Bukan saya nasihatkan anda untuk buat satu lagi klon Groupon, tapi kita ikut strategi pemasaran yang dijalankan. Saya sendiri dah buat dan memang berkesan.
Pesaing semakin bertambah
Dalam sejarah perniagaan internet, tahun 2011 melihatkan semakin ramai orang yang berjaya menghasilkan produk sendiri di internet terimakasih kepada guru-guru internet yang mengajar cara nak jual produk online.
Hasilnya, semakin ramai orang yang menjual di internet dan kini semakin banyak pesaing anda. Kelebihan saya buat duit 5 tahun dulu, pesaing tak ramai. Tapi kekurangannya adalah info dan teknologi yang kurang. Sekarang dah ramai pesaing dan sebagai penjual, anda perlu cepat-cepat luaskan pengaruh anda dan bila dah berjaya luaskan pengaruh, ikat hati pelanggan anda supaya mereka setia dengan anda. Menangi hati pelanggan anda. Satu lagi tips paling penting, jadilah usahawan yang unik supaya anda berbeza dengan pesaing-pesaing anda.
Facebook terus menjadi sumber trafik utama
Cakap pasal trafik, gergasi media sosial iaitu Facebook pasti akan terus menjadi sumber trafik utama pada tahun 2012 ini. Kalau sebelum ni kita dengar Facebook agak goyah dengan kemunculan Google+, tapi hari demi hari kita dapat lihat kenapa Facebook jauh lebih baik dari Google Plus. Di Malaysia, ahli Facebook semakin bertambah dan inilah masanya untuk anda menarik trafik dan menggunakan strategi pemasaran Facebook.
Kita sendiri dapat lihat Facebook terus melakukan update untuk jadi terus relevan dimata pengguna mereka dan menjadi ‘baru’ dan segar untuk pengguna mereka. Dengan ini, saya boleh katakan teknik menarik trafik menggunakan Google Adwords semakin kebelakang dengan kekuatan Facebook hari ini.
Anda perlu lebih pantas!
Ya, anda perlu lebih pantas untuk menuntut ilmu, pantas untuk take action kerana ingin meninggalkan pesiang anda dibelakang. Kalau tahun lepas anda boleh berlengah-lengah lagi, tahun ini tidak!
Buang tabiat membuang masa anda, kurangkan waktu tidur yang tak perlu, dan fokus kepada buat duit di internet. Dengan ini, anda boleh meninggalkan pesaing anda dengan lebih cepat dan dengan lebih cepat juga orang boleh mengenali jenama anda.
Masa untuk bina jenama
Saya sendiri dah mula mengukuhkan jenama Mania dalam setiap produk info yang saya jual. Dengan ini membuatkan orang teringat kepada saya setiap kali terdengar perkataan mania. Ini salah satu cara pemasaran percuma yang berkesan.
Dengan kemunculan pesaing-pesaing baru anda, tak krialah anda jual servis, produk digital mahupun produk fizikal, anda perlu bina jenama anda dan luaskan jenama anda sekarang juga!
Multiple streams of income!
Inilah tahun yang mencabar untuk anda dengan harga barang semakin naik dan dengan pesaing semakin bertambah, anda tak boleh begitu bergantung hanya kepada satu-satu cara buat duit sahaja. Kalau anda buat bisnes ebay, anda boleh perlbagaikan lagi pendapatan anda dengan buat affiliate, clickbank, bisnes facebook, mudah, dan sebagainya.
Kalau anda selama ni aktif dalam niche perniagaan internet, tambahkan lagi niche anda dalam niche kewangan, kesihatan, kerjaya, dan sebagainya. Inilah masa untuk anda menambah niche dan menjadi ‘orang lama’ dalam niche-niche yang baru sebelum orang lain masuk kedalam niche tersebut.
Ok itu saja buat masa ini..
Saya akan kongsikan lagi maklumat lanjut dalam Majalah Online Jootawan yang akan muncul tak lama lagi satu artikel mengenai Trend Perniagaan Internet 2012 yang mungkin anda boleh sertai.



100%
Tahun ini merupakan antara tahun yang agak mencabar buat perniagaan. Sebabnya:
1. Ia kemungkinan tahun PRU 13. Keadaan politik mungkin akan terumbang ambing skit.
2. Harga barang semakin meningkat. Orang mula berkira kira untuk membeli barang untuk diri dan lebih utamakan barangan keperluan.
3. Ekonomi dunia yang suam-suam juga mempengaruhi trend pembelian di internet terutamanya pasaran antarabangsa.
4. Undang-Undang dan peraturan baru dalam bisnes. Di US, adanya FTC. Di Malaysia ada cadangan undang2 tentang IT seperti CBP2011.
Sebagai usahwan, perlu kreatif untuk menghadapi cabaran yang bakal menjelang ini.
No 4 tu bagus untuk dilaksanakan untuk mengasingkan scammer dengan mereka yang betul-betul buat bisnes
Tahniah, Ammar! Artikel yg menarik..
Sy setuju dgn ape yg dinyatakan. Tahun 2012 akan menampakkan situasi yg lebih mencabar buat peniaga online..
Tapi perlu diingat, tahun 2012 juga akan memperlihatkan, lebih ramai prospek yg akan mula2 mengguna Internet dari hari ke hari.
ya, lebih ramai prospek yang menggunakan internet. Itu bagusnya kalau buat niche marketing
good info….thanks~
Thanks!
Sy suke artikel ni..
SHARE yea..
Ya, pls share dan thanks!
betul tu . saya setuju . tahun 2012 ni tahun yang sangat mencabar . sudah banyak produk yang dikeluarkan di pasaran . pesaing semakin ramai . siapa cepat bertindak , satu kelebihan bagi mereka . saya harap tahun ini adalah tahun agresif saya untuk tingkatkan pendapatan di internet
ade benarnya artikel amar kali ni dan terima kasih kerana berkongsi, boleh lah dijadikan panduan ni.
Tahniah… perkongsian yg menarik
Semoga sifu lebih berjaya lagi tahun ini
Terima kasih!
Thanks Ammar..artikel yang menarik untuk saya rujuk..sebagai panduan untuk newbie macam saya ni..
tak sangka yang sdra dh pergi jauh dlm bisnes internet ni…mcm saya, masih lg mncari ilmu dan belajar. dgn masa dan kwangan yg agak terhad, byk cabaran yg perlu saya lalui. diharap juga agar sdra amar dpt mmberikan tips2 perniagaan internet yg terkini utk manfaat semua im di luar sana. adakah impian saya untuk jadi jutawan sebelum umur 30tahun akan tercapai sedangkan tahun ini saya sudah 29tahun?
apa perlu saya lakukan? ada idea??
Saya kurang setuju dengan CBP2011. Malah pelaksanaannya juga agak kabur. Jika untuk mengekang scammer online, akta e-dagang perlu dirangka.