14

Perniagaan Internet 2012

Kejap je dah masuk tahun 2012. Diam diam dah dekat 5 tahun saya buat perniagaan internet ni dari 2007. Kalau dulu masa saya awal bermula, masa tu tengah belajar lagi di UPM. Sekarang ni tahu-tahu dah buat bisnes internet di ofis. Sungguh, masa awal-awal saya mula dengan bisnes internet ni, memang tak ada dalam perancangan pun untuk buka ofis bisnes internet. Perancangan awal hanyalah nak cari duit sampingan macam kebanyakan orang.

Kemudian bisnes mula membesar sedikit demi sedikit dan saya tak sangka akan jadi seperti sekarang. Ini semua kuasa tuhan dan hasil dari kerja keras..

Tahun 2012 ni akan ada banyak perubahan dari segi strategi dan juga perubahan dari segi pasaran. Saya akan list kan pandangan dan pendapat saya tentang perniagaan internet untuk tahun 2012 ni.

Perniagaan internet semakin tepu

Jangan salah anggap dan buatkan anda putus asa bila dengar pandangan saya ni. Maksud saya, tahun demi tahun saya lihat semakin ramai orang yang mengajar cara buat duit di internet. Perkembangan orang yang dah semakin pandai buat duit online ni sangat pantas lebih pantas dari perkembangan orang yang baru nak belajar.

Ini bermaksud, dalam bahasa inggerisnya orang akan cakap supply lebih laju daripada demand. Saya cadangkan, anda yang baru bermula nak buat duit di internet ni, cari satu niche yang bukan dalam niche perniagaan internet. Ianya lebih senang untuk anda dapatkan jualan berbanding niche ini.

Strategi kupon dan diskaun

Saya sendiri dah cuba strategi ini dan ianya memang sangat-sangat berkesan. Kalau kita lihat pasaran antarabangsa, laman web Groupon semakin berkembang dan idea disebalik Groupon adalah pemberian kupon dengan harga diskaun dalam masa yang dihadkan. Dah banyak laman web yang meniru cara ni dan anda juga sebagai penjual boleh gunakan strategi ini tak kisahla anda menjual produk fizikal ataupun produk digital.

Untuk makluman kalau belum tahu, Groupon merupakan laman web yang paling cepat berkembang dalam sejarah. Buat masa ini, model bisnes dan idea pemasaran sebegini memang tengah meletup dan dijangka semakin meletup tahun 2012 ni. Jadi, sama-sama kita ikuti gelombang ini. Bukan saya nasihatkan anda untuk buat satu lagi klon Groupon, tapi kita ikut strategi pemasaran yang dijalankan. Saya sendiri dah buat dan memang berkesan.

Pesaing semakin bertambah

Dalam sejarah perniagaan internet, tahun 2011 melihatkan semakin ramai orang yang berjaya menghasilkan produk sendiri di internet terimakasih kepada guru-guru internet yang mengajar cara nak jual produk online.

Hasilnya, semakin ramai orang yang menjual di internet dan kini semakin banyak pesaing anda. Kelebihan saya buat duit 5 tahun dulu, pesaing tak ramai. Tapi kekurangannya adalah info dan teknologi yang kurang. Sekarang dah ramai pesaing dan sebagai penjual, anda perlu cepat-cepat luaskan pengaruh anda dan bila dah berjaya luaskan pengaruh, ikat hati pelanggan anda supaya mereka setia dengan anda. Menangi hati pelanggan anda. Satu lagi tips paling penting, jadilah usahawan yang unik supaya anda berbeza dengan pesaing-pesaing anda.

Facebook terus menjadi sumber trafik utama

Cakap pasal trafik, gergasi media sosial iaitu Facebook pasti akan terus menjadi sumber trafik utama pada tahun 2012 ini. Kalau sebelum ni kita dengar Facebook agak goyah dengan kemunculan Google+, tapi hari demi hari kita dapat lihat kenapa Facebook jauh lebih baik dari Google Plus. Di Malaysia, ahli Facebook semakin bertambah dan inilah masanya untuk anda menarik trafik dan menggunakan strategi pemasaran Facebook.

Kita sendiri dapat lihat Facebook terus melakukan update untuk jadi terus relevan dimata pengguna mereka dan menjadi ‘baru’ dan segar untuk pengguna mereka. Dengan ini, saya boleh katakan teknik menarik trafik menggunakan Google Adwords semakin kebelakang dengan kekuatan Facebook hari ini.

Anda perlu lebih pantas!

Ya, anda perlu lebih pantas untuk menuntut ilmu, pantas untuk take action kerana ingin meninggalkan pesiang anda dibelakang. Kalau tahun lepas anda boleh berlengah-lengah lagi, tahun ini tidak!

Buang tabiat membuang masa anda, kurangkan waktu tidur yang tak perlu, dan fokus kepada buat duit di internet. Dengan ini, anda boleh meninggalkan pesaing anda dengan lebih cepat dan dengan lebih cepat juga orang boleh mengenali jenama anda.

Masa untuk bina jenama

Saya sendiri dah mula mengukuhkan jenama Mania dalam setiap produk info yang saya jual. Dengan ini membuatkan orang teringat kepada saya setiap kali terdengar perkataan mania. Ini salah satu cara pemasaran percuma yang berkesan.

Dengan kemunculan pesaing-pesaing baru anda, tak krialah anda jual servis, produk digital mahupun produk fizikal, anda perlu bina jenama anda dan luaskan jenama anda sekarang juga!

Multiple streams of income!

Inilah tahun yang mencabar untuk anda dengan harga barang semakin naik dan dengan pesaing semakin bertambah, anda tak boleh begitu bergantung hanya kepada satu-satu cara buat duit sahaja. Kalau anda buat bisnes ebay, anda boleh perlbagaikan lagi pendapatan anda dengan buat affiliate, clickbank, bisnes facebook, mudah, dan sebagainya.

Kalau anda selama ni aktif dalam niche perniagaan internet, tambahkan lagi niche anda dalam niche kewangan, kesihatan, kerjaya, dan sebagainya. Inilah masa untuk anda menambah niche dan menjadi ‘orang lama’ dalam niche-niche yang baru sebelum orang lain masuk kedalam niche tersebut.

Ok itu saja buat masa ini..

Saya akan kongsikan lagi maklumat lanjut dalam Majalah Online Jootawan yang akan muncul tak lama lagi satu artikel mengenai Trend Perniagaan Internet 2012 yang mungkin anda boleh sertai.

6.0/63votes
Voting statistics:
RatePercentageVotes
6100%3
50%0
40%0
30%0
20%0
10%0